Monday, December 22, 2014

Canon 5D Classic | Berbaloikah?

reality-check

"Harga Canon 5D classic sgt murah sekarang ni. Ada yg dijual sekitar RM1500 utk body sahaja. Berbaloikah utk sy beli?"

Sesetengah jurufoto akan berpendapat "Why not? Tu kamera fullframe kot. Beli!!!!"

Yup, tu kamera fullframe; kasta tertinggi dalam dunia photography (aside from Medium Format yg mahal giler dan Large Format yg sangat tak portable)

Fullframe mmg best. Cuma, anda kena tahu, being a full frame camera tak semestinya menjadikan ia bagus utk dimiliki. Ia bergantung kpd kegunaan dan keperluan anda.

Tambahan plak teknologi pada kamera zaman skrg jauh lebih hebat drpd Canon 5D Classic.

Canon 5D Classic & Fujinon 55mm F1.8 (M42)

So dalam ertikata lain, Canon 5D Classic ini sangat berbaloi utk dimiliki jika:
  1. anda mmg nak merasa sgt fullframe dgn bajet yg rendah
  2. anda tak guna utk shoot lowlight dan sports
  3. anda dah ada lens2 kacak ring merah L bagai
  4. anda tak kisah dgn ke-slow-an kamera tersebut jika dibandingkan dgn kamera modern
  5. anda sedang mencari backup/second body dgn bajet rendah
  6. anda nak carik kamera yg sesuai utk menggunakan lens2 vintage anda (ada penerangan dibawah)

On the other hand, jika anda tak tau kenapa anda nak beli Canon 5D Classic, atau anda nak beli simply becoz anda rasa fullframe adalah king bagi segala2nya, better anda rilek jap, dan consider newer DSLR atau mirrorless camera yg walaupun sekadar APS-C, tapi ada video, tilt screen, wifi, higher FPS, newer tech, lower noise in high ISO dan sebagainya, ditambah dgn warranty utk menyenangkan kepala otak anda incase kamera rosak.

5D Classic adalah kamera fullframe yg bagus, tapi tu kisah lama. 

Bandingkan dgn teknologi skrg ni, dgn bajet sekitar RM2000, Canon 1200D atau Nikon D3300 jauh lebih baik. Atau mungkin jugak boleh consider beberapa used APS-C model mcm Canon 600D, Nikon D7000 dan sebagainya. Yes DSLR yg aku cadangkan ni cuma APS-C, tapi in most situations, they perform better than oldskool fullframe digital.


ADA KOLEKSI LENS LAMA YANG MASIH BERFUNGSI?


Satu lg sebab utk anda memiliki Canon 5D Classic yg murah ini ialah, katakan anda ada koleksi vintage lens seperti M42, Contax-Yashica, Canon FD dan sebagainya, dan anda sedang mencari sebuah DSLR Fullframe murah yg boleh utilize lens2 ni. Lagipun lens2 lama ni mmg khas utk fullframe.

So katakan anda jumpa DSLR Fullframe murah mcm good condition Canon 5D Classic bawah RM1500, sebat je, kemudian beli adapter yg berkaitan (rujuk artikel Lens Adapter) dan gunakan kamera tu main dgn lens2 lama tu. Usually dgn lens2 lama ni org akan guna utk simple macro, portrait dan street.

Mcm aku skrg ni, rezeki haritu dpt beli murah, dan kebetulan aku mmg dah ada stok lens M42 dan adapter M42-Canon. So skrg ni duk main2 dgn lens Helios 44-2 58mm F2 dan Fujinon 55mm F1.8. Lepas tu aku carik adapter OM-EOS kat ebay supaya aku boleh guna lens Olympus 50mm F1.4.

Disini aku sertakan sedikit racun. Mohon tabah.






















Aku dah guna Canon 5D Classic selama beberapa bulan, dan aku puas hati. Skintone dia kacak wey, padahal guna profile Neutral je pun. Menu simple, cara nak guna simple, semua simple la. The only weakness yg bagi aku takde la kritikal sangat pun ialah dia takleh perform sangat masa lowlight sbb ISO tertinggi dia cuma ISO1600 (ISO3200 kat HI Mode).

So bagi korang yg ada duit terlebih sikit tu, nak carik kamera fullframe murah bawah RM2000, consider lah Canon 5D Classic. Kalau murah rezeki, korang mungkin akan dpt siap battery grip kotak apa semua dgn harga yg murah.

Incase korang masih tak sure nak beli atau tak, google je "Is it worth to buy Canon 5D" dan bacalah discussion yg telah dibuat oleh abam2 oversea.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment