Sunday, June 7, 2015

Helios 44-2 58mm F2 | Swirly Bokeh

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Harini aku nak berkongsi sikit berkenaan "Swirly bokeh" secara ringkas.

"Swirly bokeh" merujuk kpd bokeh yg mempunyai pattern swirl (pusaran). Sudah diterangkan secara ringkas kat dalam artikel Jenis-jenis Bokeh. Sbg contoh, korang boleh tgk bokeh dlm gambar kat atas ni.

Seperti yg kita sedia maklum, efek bokeh merupakan hasil yg original drpd lens. Bokeh tak sama dgn blur yg kita edit menggunakan software, kerana blur ialah blur, tapi bokeh merujuk kpd kawasan dalam gambar yg tidak berada dalam kawasan focus (luar depth of field). Boleh baca artikel Jenis-jenis Blur utk info lanjut.

Maka dlm kes swirly bokeh ni, ia merupakan hasil original drpd beberapa lens tertentu, dan biasanya drpd lens lama, sbg contoh:
  1. Helios 44-2 58mm F2
  2. Zenitar 50mm F2
  3. Helios 85mm F1.5 - paling kuajaq la setakat ni

Utk no 2 dan 3 tu boleh dibeli dari Fame Cherry.

Dalam artikel ni, aku nak kongsi pasal Helios 44-2 58mm F2 sbb ini je yg aku ada sekarang. Kalau nak aku test yg lelain tu mohon sponsor hehe.


PENGENALAN


Helios 44-2 58mm F2 merupakan lens buatan Russia yg dibina sekitar tahun 1958 - 1992. 

Bagi yg pelik dgn focal length 58mm, sebenarnya 58mm ni kira standard lens pada zaman filem. Zaman tu antara prime lens termurah yg sering menjadi kitlens bagi SLR ialah 50mm, 55mm dan 58mm.

Helios 44-2 ni merupakan kitlens bagi kebanyakan kamera SLR Zenit.

Selain 44-2 seperti yg ditunjukkan dalam gambar di atas, lens ni datang dgn pelbagai version dan mount. Lain version lain design. Lens ni so far wujud utk mount M39, M42 dan Pentax K.

Maka sbb itu, lens ni takleh mount direct dgn body DSLR atau Mirrorless anda. Anda perlukan adapter, contoh M42-EF bagi Canon, M42-F bagi Nikon, M42-K bagi Pentax, dan lain-lain. Make sure korang tau la kamera korang tu mount apa.

Dan yg paling penting, MANUAL FOCUS sahaja. Pakai kat Canon ke Pentax ke Sony ke Nikon body motor takde motor ke ia tetap manual focus.

Berkenaan exposure, kebanyakan jenama boleh just guna mode A/Av je dan shoot mcm biasa. Utk Nikon yg entry level mungkin payah sikit la sbb nnt dia tunjuk F--, so korang kena pepandai set sendiri shutter speed tu.


Harga lens ni murah, biasanya tak sampai RM200, atau yg kualiti cantik giler pulak tak sampai RM400, tengok kepandaian korang cari. Kalau pandai carik, ada je yg jual bawah RM100, tapi body lens mmg teruk la. Takpe je pun, yg penting optic dalam tu masih cantik. Luar tu calar ke cat terkopek tu tak efek gambar pun. Nanti usha2 la kat mudah dan lowyat forum.

Zenit E & Helios-44-2 58mm F2

Atau, anda boleh beli set dgn body Zenit sekali. Biasanya lebih murah kalau beli camtu, sebab anda dapat kamera dan lens.


CHARACTER - SWIRL BOKEH

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

So kenapa orang masih mencari2 lens lama ni?

Kerana salah 1 efek yg dihasilkan oleh lens ni ialah - swirl bokeh. Bokeh yg korang dpt dalam gambar akan berbentuk pusaran atau putaran, seperti gambar diatas. Kalau google pasal lens ni, result yg berkaitan swirl bokeh mesti ada punya.


Cuma, bukan semua Helios 58mm F2 dapat menghasilkan swirl bokeh. Version 44-2 seperti dalam gambar di atas adalah version yg dikatakan paling efektif dalam menghasilkan swirl bokeh. Version lain dah dicipta dgn optik yg berlainan, so dpt bokeh normal je tak swirl. Info lanjut boleh baca dalam forum "Is your Helios 44 swirly?"

Pentax K-x | Helios-44-2 58mm F2

Kemudian dlm masa yg sama, teknik nak dapat bokeh swirl tu kena betul. Sbb kita bukan selalu akan dapat bokeh swirl ni. Kena pandai cari background, dan jarak antara kita dgn subjek pun main peranan. 

Ok first, utk dapat bokeh yg kacak, seperti yg kita sedia maklum:
  1. Jarak background dgn subjek mestilah agak jauh. Kalau subjek bersandar kat dinding mmg takde bokeh la
  2. Background mempunyai warna yg kontra dgn subjek. Kalau subjek hijau dan background pun hijau maka tenggelamlah ia.
  3. Aperture besar, sekitar f/2 - f/4. Kalau guna aperture kecik sgt nnt Depth of Field makin luas, menyebabkan bokeh makin kureng.
  4. Jarak kita dgn subjek - ok ni part paling penting. Usually utk dpt bokeh yg kacak, lokasi kita mestilah sedekat yg mungkin dgn subjek. Tapi utk dapat swirl bokeh, bukan begitu. Sbb kalau kita dekat sgt dgn subjek, kita akan cenderung kpd creamy bokeh, dan creamy tak nampak swirl. So kita mesti menjarakkan diri dgn subjek. Contoh mcm amek gambar portrait, full body shot akan lebih senang menghasilkan swirl bokeh berbanding half body shot sbb jarak kita dgn subjek dah makin jauh. Selebihnya korang kena pepandai experiment sendiri la.

Efek bokeh akan lebih menyerlah kalau guna lens ni kat fullframe, tapi ala tgk gambar2 aku kat dlm artikel ni, semua guna crop body je, so takyah ngengada la nak upgrade fullframe semata2 nak bokeh yg lebih kuajaq.

Sebagai penutup, mohon tabah dgn gambar2 berikut. Stok gambar tak berapa nak banyak lagi, nanti ada masa aku topup.

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K-x | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K-x | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2
Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Pentax K50 | Helios-44-2 58mm F2

Canon 5D | Helios-44-2 58mm F2

Canon 5D | Helios-44-2 58mm F2

Canon 5D | Helios-44-2 58mm F2

Canon 5D | Helios-44-2 58mm F2

Mohon tabah. Kbai.

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. salam bang. adappter utk nikon m42 tu mana nak dapat? plug and play ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. website lelong ada jual. screw and mount pastu dah boleh guna. cuma lain kamera lain la cara operate dia. bab tu kena rajin gugel sendiri la

      Delete
  2. Salam bang..klu nikon 1 v2.. cm mna lak nk dpt gamba bokeh.. sbb sy bru beli n tgh blajar.. n try ambik gamba bokeh tak dpt.means tak reti.. boleh kasi tips bos!!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh cari dan baca artikel Bokeh dlm blog ni utk tips

      Delete